Profesion perguruan adalah satu bentuk perkhidmatan sosial yang amat mencabar malah terdapat pelbagai tanggapan dan dakwaan berhubung profesion perguruan dewasa ini .

Ada yang melihat sekolah sebagai sebuah organisasi yang dihujani pelbagai bebanan tugas dan ada kalanya bentuk tugasan ini bukan yang terancang tapi sesuatu tidak terduga .

Pandangan sebegini pasti akan menyebabkan reputasi profesion perguruan yang sentiasa dipandang tinggi dan mulia terjejas .


Guru profesional adalah seseorang yang tahu menghasilkan kerja bermutu tinggi dalam bidangnya serta sentiasa bersedia berkongsi kepakarannya di samping sentiasa berusaha memperbaiki dirinya .


Matlamat kerjaya seorang guru ialah menghayati prinsip perkembangan yang berterusan . Impak daripada tugas yang dilaksanakan ternyata memberi sumbangan yang amat penting dalam pembangunan ekonomi dan masa depan generasi muda khususnya dalam konteks pembinaan modal insan .


Seseorang guru perlu melalui beberapa peringkat dalam kerjayanya sebelum dapat mencapai ke tahap kepakaran atau kecemerlangan .


Antara cabaran yang perlu ditangani para pendidik kini adalah untuk melahirkan masyarakat bersatu padu , berilmu pengetahuan dan berdaya saing .


Ini kerana masyarakat kini bersifat dinamik dan progresif serta mula menyedari bahwa pendidikan adalah penting untuk menjamin kesejahteraan hidup pada masa akan datang .


Pada asasnya profesion keguruan sejak dulu , kini dan selamanya adalah sama iaitu mengajar , mendidik serta merubah manusia yang bernama pelajar daripada keadaan tidak mengenal huruf , mengira dan membaca kepada celik huruf , bijak dan menjadi manusia berjaya .


Tapi , kenapa kini pandangan masyarakat terhadap guru dan profesionnya mula berubah ? Jika dulu mereka dipandang tinggi tapi kini seakan - akan terpinggir .


Perkembangan dan perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan hari ini menuntut perubahan perspektif masyarakat terhadap kerjaya ini .


Profesion keguruan tidak boleh dianggap sebagai satu kerjaya yang boleh diceburi sesiapa saja kerana hanya mereka mempunyai kualiti , berketrampilan , kewibawaan , kelayakan , minat , iltizam dan berjiwa pendidik layak menjadi guru .


Di samping menuntut kesungguhan dan tanggungjawab guru dalam mengharungi cabaran di era globalisasi , pemantapan kebajikan dan kerjaya harus diberikan penekanan sewajarnya .


SUMBER:

METRO

Aktiviti SKKM 2010

Album -guru SKKM

Album -pelajar SKKM

Album -sukan

Album -penyampaian hadiah

Galeri Sejarah SKKM

NILAM

Panorama PSS SKKM

Kejayaan PSS SKKM

Lagu Tema One-Malaysia

WAKTU ANTARABANGSA