Dokumen Standard Guru Malaysia (SGM) yang dilancarkan baru-baru ini bermatlamat membaiki dan meningkat taraf pendidik ke fasa lebih tinggi dalam usaha meletakkan pendidikan negara setara dengan piawaian global .
Dalam usaha meletak sistem pendidikan negara setara dengan piawaian global dan melahirkan modal insan berminda kelas pertama , Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran , Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan dokumen Standarad Guru Malaysia (SGM) , baru-baru ini.
SGM meletakkan guru mesti memiliki tiga aspek amalan nilai , iaitu profesionalisme keguruan , pengetahuan serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang tinggi .
Dengan adanya garis panduan itu , warga pendidik lebih fokus dari segi keupayaan dan keberkesanan SGM dapat diukur menerusi pencapaian pelajar dan prestasi sekolah .
Persoalannya , adakah sistem pendidikan negara ini tidak setara dengan piawaian global sehingga perlunya ada SGM?
Di tahap manakah kualiti guru kita dan jika benar mereka tidak mencapai standard ditetapkan , apakah langkah yang terbaik mengatasinya ?
Apakah dokumen SGM ini boleh dicapai dan tidakkah ia membebankan guru atau mereka yang mahu menjadi pendidik ?
Presiden Persatuan Ibu bapa dan Guru Nasional (PIBGN) , Prof Madya Datuk Mohd Ali Hassan , berkata untuk menjadikan sistem pendidikan negara setara piawaian global , SGM amat diperlukan.
Beliau berkata , SGM ini mengingatkan guru akan tanggungjawab mereka sebagai pendidik dan tidak melakukan kerja sambil lewa .
"Tanpa SGM , kita takut , guru lupa tanggungjawab mereka dan melakukan tugas sambil lewa kerana tiada piawaian yang patut dipatuhi mereka ."
"Jika guru pada zaman sebelum merdeka , mereka bukan saja berperanan mendidik anak bangsa , tetapi berjuang membangunkan rakyat ."
"tapi sekarang , kebanyakan guru lebih mementingkan gaji daripada tanggungjawab melahirkan anak bangsa yang cemerlang , justeru kita perlukan SGM", katanya .
Menyentuh tiga aspek dalam SGM , Mohd Ali berkata , perkara ini perlu kerana kita mahu kepastian setiap guru sentiasa berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan mereka .
"Guru perlu meningkatkan kemahiran ilmu seperti teknologi maklumat (IT) supaya mereka tidak tertinggal dalam arus kemodenan ," katanya .
Apabila mereka mempunyai tiga amalan dalam SGM itu katanya , ia dapat mengelak daripada bersikap mementingkan gaji berbanding tanggungjawab .
"Sebagai pendidik , guru perlu ikhlas memberi didikan . Jangan pula baru setahun mengajar di luar bandar , sudah sibuk mahu pulang "katanya .
SGM ini dilancarkan bukan kerana guru kita tidak bermutu , tetapi membaiki dan meningkat taraf mereka ke fasa yang lebih tinggi .
"Melihat kepada kemahiran yang dimiliki anak kita sekarang , masih banyak yang mereka perlu pelajari dan ia menggambarkan kualiti guru ."
"Kualiti guru di negara ini setanding dengan pendidik di negara maju."
"Namun , dalam usaha menjadi negara pendidik kelas pertama , banyak perlu dilakukan , bukan sekadar berpuas hati apa yang ada ," katanya .
Ditanya perbandingan guru dahulu dan sekarang , katanya ketika zaman awal kemerdekaan , guru bukan saja berperanan sebagai pendidik dengan menyediakan kelas tuisyen percuma , tetapi pemimpin masyarakat selain memupuk perpaduan kaum .
"Kini , kelas tuisyen dikenakan bayaran yang mahal , inikan pula mahu menjadi pemimpin untuk masyarakat ."
"Justeru , dengan adanya SGM , ia akan menjadi petanda aras kepada guru dan memastikan mereka menjalankan tanggungjawab dengan cemerlang ," katanya .
Pelaksanaan dokumen SGM ini tidak membebankan guru , tetapi meahirkan pendidik berkaliber dan berkualiti .
"Menerusi SGM , guru yang gagal menjiwai kerjaya perguruan dapat dilepaskan secara sukarela . SGM juga dapat menilai guru dari aspek kendiri yang akan menentukan seseorang itu guru yang ikhlas atau lebih kepada mendapat gaji bulanan semata-mata ," katanya .
Beliau berharap SGM yang dilaksanakan ini dipertingkat dari semasa ke semasa bagi meningkatkan mutu bidang pendidikan .
"Jika ada guru gagal mematuhi SGM , tindakan sewajarnya patut dikenakan sebagai pengajaran kepada warga pendidik di negara ini ," katanya .
SUMBER:METRO.