BACAAN PILIHAN:BERHEMAH ELAK KEMALANGAN

Sebelum memulakan perjalanan jauh pulang ke kampung pada musim perayaan atau hujung minggu,sepatutnya kita sudah menghantar kenderaan untuk diservis mengikut kadar perjalanan ditetapkan pengeluar kereta.Memandu ketika cuti perayaan atau hujung minggu tidak jadi membahayakan atau membuatkan kita berasa tertekan jika boleh menghindari kemarahan atau mengurangkan tekanan dengan merancang perjalanan terlebih dahulu.Kita tidak perlu terburu-buru untuk kedestinasi yang dituju.Dengan memandu dalam keadaan tenang dan berhemah,kita boleh memastikan kita dan penumpang berada dalam keadaan selamat.Berikut adalah beberapa panduan yang boleh kita ikuti:

1) Penyediaan kenderaan
Periksa kenderaan sebelum memulakan sebarang perjalanan jauh.Sekiranya anda tidak pasti untuk berbuat demikian,hantar kenderaan ke pusat servis.Periksa tekanan angin dan corak bunga tayar,lampu,sistem brek,sistem penyejuk dan komponen kereta lain.

2)Penyimpanan barangan
Anda mesti memastikan semua barangan disimpan di ruang bagasi kereta anda.Jangan biarkan bersepah dalam kereta kerana objek kecil boleh menjadi bahaya jika terjadi kemalangan.

3)Cara pemanduan 1
Sentiasa memandu dengan berhati-hati.Berilah laluan kepada kereta di hadapan atau di belakang anda.Sentiasa nyalakan lampu isyarat jika ingin beralih lorong atau membelok masuk ke simpang.

SUMBER:UTUSAN MELAYU

Aktiviti SKKM 2010

Album -guru SKKM

Album -pelajar SKKM

Album -sukan

Album -penyampaian hadiah

Galeri Sejarah SKKM

NILAM

Panorama PSS SKKM

Kejayaan PSS SKKM

Lagu Tema One-Malaysia

WAKTU ANTARABANGSA