BACAAN PILIHAN:PERANGI JENAYAH RAGUT - TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Sejak akhir-akhir ini jenayah ragut semakin berleluasa dan menimbulkan kebimbangan banyak pihak.Banyak kes yang dilaporkan sering melibatkan kematian dikalangan mangsa ragut.Kita pernah digemparkan dengan kematian dua wanita yang telah menjadi mangsa ragut manusia yang tidak bertanggungjawab.Lebih menyedihkan ,kedua-dua wanita tersebut sedang berbadan dua.Ini hanya sebahagian kes yang mendapat liputan meluas media.Sedangkan banyak lagi kes ragut yang tidak dilaporkan kerana sikap masyarakat kita yang masih memandang remeh terhadap kes tersebut.Terdapat banyak kes yang tidak dilaporkan,mungkin kerana ia tidak melibatkan kematian maka ramai yang menganggap kes itu adalah kes kecil.Sehinggalah dua ibu hamil maut akibat diragut yang mana akhirnya membuka mata banyak pihak.Bayangkan perasaan ahli keluarga mangsa yang kehilangan orang tersayang terutamanya ibu hamil tersebut.Keluarga mangsa bukan sahaja kehilangan satu nyawa yang terkorban tetapi dua nyawa sekaligus.Bagaimana jika kes ini terjadi kepada diri anda atau ahli keluarga anda?Apa perasaan anda jika kehilangan orang tersayang?Pastinya anda juga akan merasakan perkara yang sama.Pastinya perasaan sedih,marah dan kecewa menyelubungi kehidupan keluarga mangsa.Suami yang kehilangan isteri,ibu bapa kehilangan anak dan anak yang terpaksa kehilangan ibu sebelum masanya hanya disebabkan jenayah ragut.Hal ini menunjukkan bahawa jenayah ragut perlu ditangani segera dan tugas ini bukan hanya terletak di bahu pihak berkuasa sahaja,bahkan ia menjadi tanggungjawab bersama.Ekoran itu,semua rakyat negara ini juga perlu saling bekerjasama antara satu sama lain dalam usaha mencegah,membendung dan mengurangkan jenayah ragut iaitu dengan memberi sokongan terhadap aktiviti komuniti yang dilakukan oleh pihak berkuasa di kawasan setempat.

Mangsa ragut
Kebiasaannya,peragut akan mencari mangsa yang berjalan kaki atau menunggang motosikal secara berseorangan di kawasan yang sunyi dan gelap.Ini kerana situasi sebegini memudahkan peragut menjalankan aktiviti mereka dengan mudah tanpa dilihat oleh orang lain.Ciri-ciri mangsa ragut selalunya ialah wanita yang memakai mini skirt,kain ketat dan berkasut tinggi selain berseorangan.Peragut akan bertindak meragut wanita yang berpakaian sebegini kerana wanita tersebut sukar untuk bertindakbalas terhadap mereka.Oleh itu,kaum wanita perlu memikirkan perkara ini sebelum memilih berpakaian sebegitu apabila keluar berseorangan.Disamping itu,kebanyakan kaum wanita gemar membawa beg tangan dengan memegangnya di tangan sahaja dan tidak kurang juga yang suka mengepit beg duit di celah ketiak apabila keluar bekerja mahupun bersiar-siar atau ke mana jua. Bukankah tindakan ini sengaja mengundang peragut meragut anda?sama-samalah kita fikirkan.Seterusnya mangsa juga adalah terdiri daripada penunggang atau pembonceng yang menggalas beg tangan semasa menunggang atau membonceng motosikal.Keadaan ini boleh memberi peluang yang mudah untuk peragut melaksanakan misi mereka.

Panduan elak menjadi mangsa ragut
Bagi mengelak diri daripada menjadi mangsa ragut,elakkan diri dari berjalan kaki atau menunggang motosikal seorang diri di kawasan yang sunyi terutamanya waktu malam.Ini akan memudahkan peragut melkukan aktiviti mereka tanpa dilihat atau diketahui oleh orang lain.namun begitu,jika terpaksa berjalan kaki pada waktu malam tanpa ditemani sesiapa,ikutlah arah laluan yang bertentangan supaya anda dapat melihat kenderaan yang berada di hadapan dan boleh bertindak awal jika merasakan sesuatu yang mencurigakan.Peragut sememangnya gemar mengambil kesempatan terhadap seseorang yang dilihat tidak melawan secara agresif seperti kaum wanita.Hal ini kerana,wanita dilihat golongan yang lemah dan mudah untuk dikasari serta jarang untuk bertindakbalas.Selalunya,kaum hawa ini hanya menjerit untuk meminta pertolongan daripada orang ramai.Tetapi,baru-baru ini,ada gadis yang bertindak berani melawan peragut.tahniah dan syabas!Sementara itu,apabila menunggang motosikal pula,letakkan beg tangan anda di dalam raga dan ditutupinya dengan barang-barang lain atau setidak-tidaknya menggunakan baju hujan atau baju panas.Dengan ini,peragut tidak dapat melihat beg itu atau beg itu tidak terdedah pada penglihatan peragut.Kesimpulannya,semua pihak perlu memainkan peranan dalam mencegah kejadian jenayah ragut yang dilihat semakin menjadi-jadi.Mungkin dalam hal ini bidalan 'jangan menjaga tepi kain orang'perlu diabaikan dalam konteks memerangi jenayah ini.Siapa lagi kalau bukan kita yang sepatutnya bersama-sama berusaha memerangi jenayah ragut di negara ini dan hidup aman damai dikalangan masyarakat majmuk. (1 Malaysia!)


SUMBER:AUTO TOUCH DAN UTUSAN MALAYSIA

Aktiviti SKKM 2010

Album -guru SKKM

Album -pelajar SKKM

Album -sukan

Album -penyampaian hadiah

Galeri Sejarah SKKM

NILAM

Panorama PSS SKKM

Kejayaan PSS SKKM

Lagu Tema One-Malaysia

WAKTU ANTARABANGSA