BACAAN PILIHAN:IBU BAPA,MASYARAKAT MENTOR DIDIK ANAK BERBUDI BAHASA

GENERASI MUDA PERLU DIAJAR ADAB BERTUTUR SEJAK KECIL

Bukan mudah mendidik insan menjadi santun,tidak semudah menyampaikan ilmu di dalam bilik kuliah.Kalaupun boleh diajar,ia tidak cukup sekadar memberitahu,tetapi mesti dibimbing dan dilatih selain memerhati dan menghayati budaya dan adab diamalkan orang sekeliling.Selain itu kehendak dan keinginan seseorang membina sahsiah diri akan memudahkan pembentukan akhlak mulia kerana perubahan yang berlaku kerana ikhtiar sendiri lebih bermakna berbanding usaha dilakukan orang lain.Kita maklumi bahawa setiap ibu bapa mendidik anak sedari kecil menjadi orang yang berbudi bahasa dan bersopan santun.Orang yang merendah diri dan berhemah tinggi lebih mudah membimbing anak menjadi insan yang luhur hatinya kerana proses tarbiyah itu berlaku bukan hanya secara lisan,tetapi juga berterusan kerana ibu bapa menjadi mentor yang paling dekat di hati anak untuk dicontohi.Teladan diperoleh sejak awal proses pentarbiyahan sangat memberi makna kepada ingatan anak.Kata-kata yang baik didngari dari ibu bapa menjadi ikutan yang sebati dalam diri mereka,sekali gus membina asas komunikasi yang lembut dan santun dalam diri seseorang.Begitu juga jika sebaliknya,sumpah seranah,umpat keji dan maki hamun yang menjadi 'ulam'bicara sejak anak mula mengenali dunia menjadikan mereka terikut dengan kata sedemikian,malah tidak pula merasai satu kehinaan apabila keaiban saudara yang lain dijadikan topik bicara,malah berbangga menjadi penyampai namimah atau adu domba.Perantaraan komunikasi yang tiada batasan pada hari ini memungkinkan banyak budaya dan adab bertutur kata boleh dicontohi.Sebaik-baik bicara dari lidah ibu bapa dan guru yang didengari secara langsung mendidik golongan pelajar mencontohi tutur bicara yang baik,tetapi ia tidak menjamin seseorang itu terus istiqamah dalam zon yang baik jika masyarakat atau orang sekeliling menunjukkan teladan kata yang tidak molek.Ia menjadi satu cabaran yang besar kepada setiap ibu bapa dan pendidik pada hari ini untuk menunjukkan teladan yang baik kerana pada masa sama segelintir pelajar atau golongan muda sangat mudah terpengaruh dengan budaya hidup samseng,pembawaan cara 'moden' yang mengikut arus,sehingga mengetepikan adab sopan dalam pergaulan dan perkataan.Hakikatnya,seseorang yang memahami ajaran agama yang dianuti tidak akan menjadikan kemampuan 'berkata-kata' yang dianugerahkan Tuhan untuk mencaci dan mencela orang lain.Bahkan mengerti bahawa perbuatan itu adalah satu bentuk kefasikan yang akan merosakkan peribadi seorang manusia,sebagaimana hadis Rasulullah SAW,diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas'ud RA ,mafhumnya:"Mencela orang Muslim adalah kefasikan dan membunuhnya adalah kekufuran."Adat kebiasaan menjadikan manusia alah pada bisanya.Sesuatu perkara yang aneh akan menjadi biasa jika dilakukan setiap hari,begitu juga perbuatan keji dan tutur kata kotor.Tuhan tidak menyukai orang yang melakukan perbuatan keji dan berkata jelik kerana ia menggambarkan bahawa hati dan perasaan makhluknya tidak mendapat hidayah yang sepatutnya terbenam di dalam benak setiap manusia.Anas bin Malik r.a mengatakan bahawa Rasulullah tidak pernah memaki hamun,berkata-kata kotor atau mengherdik.Ketika hendak menegur,Baginda hanya mengatakan ,"Semoga dia memperbanyakkan sujud."bahkan Abu Hurairah RA pernah meminta Rasulullah melaknati orang Musyrik,tetapi Baginda Rasulullah menjawab yang bermaksud:"Sesungguhnya aku diutus bukan sebagai pelaknat,tetapi aku diutus sebagai rahmat."Generasi muda hari ini perlu disedarkan berlemah lembut sesama insan, sama ada dalam perlakuan atau perkataan supaya akhlak sebagai seorang manusia tidak dipersenda dan ditertawa.

BAGAIMANAKAH TUTUR KATA KITA SELAMA INI? BAGI RAKAN-RAKAN GURU,BAGAIMANAKAH TUTUR KATA KITA DI DALAM BILIK DARJAH?

SUMBER: BERITA HARIAN

Aktiviti SKKM 2010

Album -guru SKKM

Album -pelajar SKKM

Album -sukan

Album -penyampaian hadiah

Galeri Sejarah SKKM

NILAM

Panorama PSS SKKM

Kejayaan PSS SKKM

Lagu Tema One-Malaysia

WAKTU ANTARABANGSA