MANUSIA DICIPTAKAN TUHAN SEBAGAI SEBAIK-BAIK MAKHLUK KERANA DIKURNIAKAN AKAL FIKIRAN.DENGAN AKAL FIKIRAN,MANUSIA JADI BERILMU DAN MAMPU MENEROKA BUKAN SEKADAR BUMI YANG DIDIAMI MALAH ANGKASA RAYA
Satu unsur sangat menonjol pada penciptaan manusia ialah akal fikiran yang menjadikan insan makhluk istimewa berbanding yang lain sehingga layak menggalas amanah sebagai khalifah di bumi.Islam memandang tinggi akal fikiran kerana ia sumber segala ilmu malah banyak disebut dalam al-Quran."Jika Kami turunkan al-Quran ini ke atas sebuah gunung,nescaya engkau lihat gunung itu tunduk serta pecah-belah kerana takut kepada Allah.Contoh perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia,supaya mereka memikirkannya."(al-Hasy:21)Keutamaan akal fikiran ini ditegaskan rasulullah SAW dalam satu hadiss daripada Ibnu Hibban,maksudnya:"Berfikir sesaat lebih baik daripada beribadat setahun."Dalam satu kisah,Abu Said al-Khudri menyampaiakan,sabda Rasulullah yang bermaksud,"Berilah hak matamu dibidang ibadat."Sahabat bertanya:"Apakah hak mata di bidang itu wahai Rasulullah?" Jawab Rasullah:"Membaca al-Quran,memikirkan isinya dan mengambil pengajaran keajaiban kandungannya."Wahab bin Munabih pula berkata:"Semakin tajam seseorang itu berfikir,semakin berilmulah dia dan apabila dia berilmu,semakin banyaklah amalnya."Al-Ghazali berkata,akal itu mulia dan menjadikan manusia mulia.Melalui akal,manusia mendapat ilmu.Menurut Aristotle,jiwa manusia adalah hakikat diri manusia dan potensi berfikir adalah sebahagian darinya,sementara orang bijak pandai berkata,'berfikir itu pelita hati.'Hasan al-Basri r.h.berkata:"Sesungguhnya golongan yang berfikir mereka sentiasa mengulangi apa yang mereka ingati,sehinggalah hati mereka dapat berbicara dengan kata-kata hikmah."Lukman al-Hakim berkata:"Sesungguhnya dengan lamanya duduk,aku akan lebih memahami untuk berfikir dan panjang berfikir,petunjuk jalan ke syurga."Imam al-Ghazali menyifatkan akal fikiran sebagai sumber,tempat terbit dan asas ilmu.Ilmu pula apabila dinisbahkan kepad akal ibarat buah kepada pokok,cahaya kepada matahari,pandangan pada mata.Penggunaan daya fikir yang tinggi dan lebih serius membolehkan manusia mencapai ketamadunan dan kemajuan dalam pelbagai lapangan.Umat Islam satu ketika mampu meraih kegemilangan apabila menggunakan kemampuan daya fikir yang tinggi.Al-Khindi misalnya, cukup terkenal di Barat dengan nama Alkindus,seorang cerdik pandai Arab dalam pelbagai bidang,terutama sains,astrologi,kosmologi,logik,matematik,muzik,fizik,psikologi dan meteorologi.Kisah seorang Barat,Isaac Newton,iaitu seorang ahli fizik,matematik,falsafah dan astronomi yang terkenal dengan penemuan formula graviti wajar juga diambil pengajaran.Sejak lahir,beliau tidak pernah melihat bapanya bekerja sebagai petani,kerana beberapa bulan sebelum lahir, bapanya meninggal.Kehidupannya sangat susah,namun,masih berpeluang mendapat ijazah sarjana muda pada usia 22 tahun.Pada suatu malam,beliau berjalan-jalan di sekitar kebun sambil berfikir dan memerhatikan keadaan sekeliling.Tanpa sedar,fikirannya berakhir pada satu persoalan;mengapa bulan bergerak mengelilingi bumi?Selepas letih berjalan dan tidak mendapat jawapan,beliau berehat di bawah sebatang pokok epal.Tiba-tiba buah epal jatuh berdekatannya.Kejadian itu menimbulkan persoalan di dalam benaknya.Mengapa buah itu harus jatuh tepat di bawahnya dan tidak ke sekitarnya atau ke atas?Beliau berfikir lagi hingga menemui satu kesimpulan,iaitu buah epal jatuh ke bawah kerana adanya tarikan dari bumi dan daya . Ia dinamakan daya graviti.Demikianlah dengan kemampuan dan kehebatan akal fikiran.Bahkan,dengan fikiran yang sihat dapat memupuk keimanan serta menolak perkara bersifat tahyul dan khurafat.
MENGAPAKAH MASYARAKAT MASIH MEMPERCAYAI PERKARA TAHYUL DAN KHURAFAT? ADAKAH MEREKA TIDAK MENGGUNAKAN AKAL UNTUK BERFIKIR? APA KATA ANDA?
SUMBER:HARIAN METRO