-KEGAWATAN EKONOMI GLOBAL SUKARKAN USAHA MENANGANI MASALAH KEKURANGAN-
Pengeluaran makanan global,yang sudah dalam keadaan meruncing akibat kemelesetan ekonomi,perlu digandakan menjelang 2050 untuk mengelakkan masalah kelaparan teruk,kata Ketua Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(FAO)."Krisis makanan menyebabkan 40 juta penduduk berdepan kebuluran pada 2008,"kata Jacques Diouf pada permulaan seminar antarabangsa dua hari menegani makanan pada Januari 2009.Ia menjadikan bilangan global penduduk yang kurang mendapat zat kepada 973 juta pada tahun 2008daripada jumlah keseluruhan penduduk dunia berjumlah kira-kira 6.5 bilion."Kami berdepan cabaran kini bukan hanya untuk memastikan makanan mencukupi bagi 973 juta penduduk yang kini kelaparan tetapi juga memastikan masih ada makanan untuk 9 bilion penduduk pada 2050."KIta perlu untuk menggandakan pengeluaran makanan global menjelang 2050",katanya.Beliau,bagaimanapun memberi amaran krisis ekonomi global sudah pun menyukarkan usaha menangani masalah kekurangan makanan kerana menyusahkan petani mendapatkan pinjaman untuk membeli bahan mentah dan peralatan baru.Kejatuhan harga makanan utama tertentu juga tidak menggalakkan petani untuk bercucuk tanam,yang menambah kesukaran untuk memenuhi matlamat FAO untuk mengurangkan bilangan penduduk yang kelaparan menjelang 2015,katanya.Gabungan pelbagai faktor,termasuk tuaian teruk,perubahan diet dan penggunaan biofuel, bersama-sama menyebabkan harga makanan melambung membawa kepada bantahan di kira-kira 30 negara tahun 2008.Menteri Bantuan Perkembangan Luar Negara Ireland,Peter Power,berkata,krisis kelaparan tidak diberikan perhatian sama tahap dengan memerangi Aids,krisis kewangan global atau perubahan cuaca.
APA PENDAPAT ANDA ? CUBA KITA BACA PULA TANDA-TANDA HARI KIAMAT.....
SUMBER:BERITA HARIAN