BACAAN PILIHAN:TINGKAH LAKU GURU JADI IKUTAN PELAJAR

Guru perlu bijak menyesuaikan diri ketika berdepan dengan masalah remaja masa kini,termasuk membuktikan keikhlasan mereka membantu pihak berkuasa menangani gejala sosial.Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN)Bukit Serampang,Muar,berkata selaku pendidik,setiap tingkah laku guru menjadi contoh dan ikutan bukan saja pelajar tetapi anggota masyarakat lain.Sebagai contoh,katanya,penampilan akhlak mulia dan berbudi pekerti seorang guru ketika berada di dalam kelas,mampu mempengaruhi murid atau pelajar sekali gus mencapai kecemerlangan dalam bidang pembelajaran.Beliau berkata,sikap guru yang sentiasa bertoleransi dan bijak berkomunikasi ketika mengajar,memudahkan pelajar memahami mesej disampaikan sekaligus menjadikan mereka disayangi pelajar atau murid."Selain bertanggungjawab mendidik generasi muda dalam bidang pendidikan,guru mempunyai peranan penting membantu kerajaan melahirkan warga berilmu dan berkualiti.Justeru,tugas guru tidak seharusnya dianggap membebankan,sebaliknya menjadi perangsang untuk kejayaan masyarakat,bangsa,agama dan negara,"katanya.

APA KATA RAKAN-RAKAN GURU?

SUMBER:METRO

Aktiviti SKKM 2010

Album -guru SKKM

Album -pelajar SKKM

Album -sukan

Album -penyampaian hadiah

Galeri Sejarah SKKM

NILAM

Panorama PSS SKKM

Kejayaan PSS SKKM

Lagu Tema One-Malaysia

WAKTU ANTARABANGSA